
Hari Sabtu sudah lama berlalu. Jadi, kira agak terlambat juga la post ni tapi tak apa la kan. Apa yang akan saya kongsikan sebentar lagi ialah tentang sambutan Hari Raya Aidilfitri di Cork..ataupun lebih tepat lagi tentang rumah terbuka yang telah diadakan di rumah saya anjuran para pelajar tahun pertama Malaysia di UCC sesi 2009.
Mengapa di rumah Ija dan Timah? Ija kan bukan Melayu, bukan Islam juga. Tertanya-tanya tak? haha..sebab kita semua ni rakyat Malaysia yang mengamalkan cara hidup aman damai dan saling menghormati budaya satu sama lain. Semua rakyat Malaysia sama-sama merayakan Hari Raya, hari Christmas (yang bakal tiba semasa cuti winter...aaaa..saya mahu balik Malaysia), Hari Deepavali (minggu hadapan yang sangat-sangat dinantikan oleh kawan saya si Gaya) mahupun Hari Gawai dan Hari Kaamatan. Kita semua cuti umum ba itu di Malaysia..hihi.
Jadi, sebab itu tak salah lah rumah saya dan Timah digunakan sebagai venue rumah terbuka warga Istana Putih. Tapi hakikatnya, sebab sebenar rumah kami digunakan untuk acara yang gilang gemilang itu ialah ....jeng jeng jeng... rumah kami (apartment 48) berada di atas apartment Mior dan Hisyam (apartment 47). Maka, sangat strategik lah lokasi ini..hehehe. Rumah kami untuk menjamu para tetamu perempuan. Rumah Mior dah Hisyam pula untuk para tetamu lelaki.
"Kami budak baru belajar, kalau tak sedap tolong ajarkan", demikianlah jawapan yang dijawabkan kepada para seniors bila ditanyakan sama ada mampukah kami memasak atau tidak. Saya tidak nafikan bahawa kami semua tidak begitu hebat di dapur (mungkin hanya hebat menjamu selera tapi tidak memasak..HAHA). Oleh kerana itu, kami sangat-sangat bersyukur akan kewujudan Internet, terutamanya 'GOOGLE SEARCH'. Terima kasih google kerana mengajar kami semua resipi-resipi hebat untuk disajikan sajian utama pada sambutan open house yang lepas.
Boleh tahan juga tau masakan kami semua. Sajian utama adalah mi bandung yang dimasak khas oleh saudara Mior dan nasi marjerin yang disediakan oleh saudari Ain..(macam serasi pula mereka kan??hehehe) Nasi marjerin itu pula semakin sedap dimakan bersama sup cendawan yang lazat resipi Cik Kameelah dan ayam mayonis panggang yang diperap oleh kami insan-insan yang berkromosom xx dan dipanggang oleh mereka yang berkromosom xy. Ada salad juga. Dan pelbagai jenis dessert yang lazat,sedap,manis,jarang dijumpai di hari-hari biasa, dan yang paling utama, sangat berkalori tinggi. :P HAHAHA
Buat kakak-kakak dan abang-abang seniors yang telah hadir, terima kasih banyak-banyak. Walaupun kena datang jauh-jauh dari Wilton la, Bishoptown la, dan kawasan-kawasan lain berhampiran CUH.
Buat rakan-rakan sama batch, seronok bekerjasama dengan korang semua. Walaupun budak-budak pergigian seperti saya dan 5 yang lain adalah teman baru anda semua yang dari fakulti perubatan, kami rasa seronok..hehe. Maafkan kami sekiranya kami selalu pergi trip ke tempat-tempat menarik di hari 'weekdays' dan secara tidak langsung 'menjeleskan' anda semua..hehehehe...blame our timetable yang banyak masa free!!!! hehe
Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang menyambutnya (kerana bak kata Timah, sekarang masih Syawal, masih bulan raya).




oh penat sungguh menaip dalam Bahasa Melayu..oh penat..penat...hihihih